Jumaat, 22 Januari 2010

Sangkar ternakan yang lebih canggih

Rasanya rata-rata pembaca blog NH ni adalah peminat-peminat arnab yang telah memelihara arnab atau yang berminat untuk membela arnab.

Antara perkara utama sebelum memelihara arnab ni mestilah kena ada sangkar kan?

Disini NH nak memperkenalkan design sangkar  yang digunakan dalam penternakan komersial.


Design yang ergonomic

Sangkar jenis ini banyak digunakan oleh penternak-penternak berskala besar. Tapi apa salahnya kita penternak kecil dan hobbyist ni menggunakan design ini di rabbitry kita.

Antara faedah sangkar jenis ni,

1. Tiada penggunaan kayu - kayu antara bahan yang paling kerap digunakan dalam pembinaan sangkar arnab. Masalah utama bagi kayu ialah ia menyerap air seterusnya cepat berkulat. Kayu yang berkulat akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis patogen.

2. Senang dinyahkuman - dengan menggunakan bahan berasaskan logam, sangkar jenis ini boleh dibasmi kuman dengan mudah. Samada dengan menggunakan "burner" atau bahan pencuci.

Nest box dan bekas makanan terletak di luar, memberi lebih ruang untuk induk demi keselesaannya

Tempahan Dibuka
Sila hubungi NH di talian 013 601 6643 atau email: rosaceae9966@yahoo.com

2 ulasan: