Ahad, 24 Januari 2010

About Lionhead

Terbaca dalam shoutmix persatuan. Syed dari Johor bertanya pasal lionhead Double Mane dan Single Mane.
Memandangkan dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lionhead ni, NH akan cuba yang termampu untuk menjawab persoalannya.

Sejarah Lionhead
Ciri lionhead adalah disebabkan oleh mutasi yang berlaku pada gen yang mengawal bulu arnab.
Ini adalah mutasi yang terbaru pada abad ke 20, selepas kewujudan mutasi gen "satin".

Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa semua mutasi pada gen yang mengawal jenis bulu adalah disebabkan oleh gen resesif. Seperti bulu panjang resesif terhadap bulu pendek, bulu rex resesif terhap bulu biasa. Akan tetapi gen lionhead merupakan mutasi yang bersifat dominan (selepas ini akan diwakili oleh huruf "M" besar, dan gen bukan lionhead akan diwakili oleh "m" kecil).

Terdapat beberapa baka digunakan dalam penghasilan baka lionhead, antara baka yang paling banyak digunakan ialah Dwarf Angora dan Netherland Dwarf.

Oleh itu, jika kita lihat Arnab lionhead ARBA semuanya kecil-kecil belaka.

Apa maksud Dominan dan Resesif
Gen dominan merupakan gen yang bersifat "kuat". Gen yang dominan akan menunjukkan ciri tersebut tidak kira dalam apa keadaan sekali pun.

Contoh gen dominan
Gen Agouti - gen yang menghasilkan ciri "ticked" pada bulu arnab. Ciri yang wujud pada arnab liar. Diwakili oleh huruf "A"

Gen resesif merupakan gen yang bersifat "lemah". Gen yang resesif hanya akan menunjukkan ciri tersebut sekira ia wujud berpasangan.

Contoh gen resesif
Gen Solid colour - gen yang menghasilkan warna sekata pada bulu arnab. Diwakili oleh huruf "a"

Homozigous dan Heterozigous
Bagi setiap gen yang memberi sesuatu ciri, ia akan wujud berpasangan
Contoh AA, aa, Aa

AA adalah homozigous dominan
aa adalah homozigous resesif
Aa adalah heterogizous dominan

Apakah Lionhead
Lionhead adalah arnab yang memiliki gen "M" yang menyebabkan bulu undercoat di kawasan leher, pipi, rusuk dan punggung memandang  lebih dari biasa 

Apa akan berlaku bila kita kacuk kan Lionhead dgn arnab biasa?????
Ramai yang tak perasan bahawa kebanyakan arnab tempatan ada gen lionhead. Hasilnya banyak anak arnab ada Jambul terhasil. Ini adalah saki baki gen lionhead.

Kenapa single mane?
Sbb hanya satu gen "M" diturunkan kepada anak.

Lionhead single mane

Bagaimana untuk dapatkan Double Mane?
Apabila dua ekor Lionhead single mane dikacukkan, maka ada anak yang terhasil akan menjadi double mane. Ini apabila 2 gene "M" bercantum menjadi satu alel "MM" yang mengawal ciri ini.

Double mane lionhead

Apa kesan gen bulu panjang kepada gen Lionhead?
Pada pengamatan NH, gen bulu panjang sedikit sebanyak meningkatkan ketebalan mane arnab lionhead. NH pernah mengkacukkan Angora dan Lionhead Single Mane. Anak yang terhasil ada yang mirip double mane semasa kecil, tetapi wool di bahagian rusuk, dan punggung menghilang apabila dewasa.

Amaran! Buat breeder Angora atau EA yang ingin mengekalkan kualiti bulu arnab anda, pastikan tiada gen lionhead termasuk ke dalam breeding program anda. Anda kemungkinan akan memperolehi anak angora yang berbulu panjang semasa kecil, dan menjadi pendek pada bahagian badan apabila dewasa.

Rupa anak lionhead semasa berumur beberapa hari

2 ulasan:

  1. TYVM bro, very informative & educational...

    BalasPadam
  2. Mention not. NH just impart apa NH tahu je. Kalau ada further discussion, boleh lah kita bincang disini.

    BalasPadam