Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2010

Trip to Gombak 090110

2 minggu lepas adalah hari cuti-cuti Malaysia bagi Newhillz Rabbitry. NH dan Syakirin dari Ar-Raudah telah mengambil kesempatan untuk membuat penghantaran order arnab ke N9.
Sambil menyelam minum air, kami pun terus ke Selangor. Hajat di hati nak melawat beberapa breeder tapi tak kesampaian.
Tapi trip kami tak merugikan sebab kami berjaya berjumpa dengan tuan setiausaha MyRPA, Saudara Fahmi dan Cikgu Kamel yang menjalankan kursus penternakan arnab.

Penerangan mengenai isu penternakan diterangkan secara terperinci oleh Cikgu Kamel

Cikgu Kamel merupakan seorang yang berpengalaman melebihi 20 tahun dalam penternakan arnab dan pernah mendalami ilmu penternakan arnab ini hingga ke Australia. NH sarankan mereka yang baru ingin berkecimpung dalam bidang penternakan arnab ini, boleh lah berdaftar kursus dengan Cikgu Kamel.

Jika ada penternak dari selatan semenanjung yang berhajat untuk mengikuti kursus ini, harap dapat menghubungi NH, dan NH boleh mengaturkan kursus bersama Cikgu Kamel di Melaka atau Johor.

Modul yang akan dibawa oleh Cikgu Kamel terbahagi kepada 2 bahagian, teori dan praktikal.

Antara nya...

RAHSIA BAGAIMANA MEMPEROLEHI PELLET ARNAB DENGAN HARGA SERENDAH RM0.50 SEKILO AKAN DI DEDAHKAN DI KURSUS TEORI DAN PRAKTIKAL!!!

RAHSIA MENDAPATKAN JUMLAH CRUDE PROTEIN SETINGGI ALFALFA HAY DENGAN KADAR SERENDAH RM0.50 SEKILO!!!

RAHSIA MEMINIMUMKAN KADAR KEMATIAN ANAK ARNAB DAN MEMAKSIMUMKAN PENGHASILAN SUSU IBU ARNAB!!!

 
RAHSIA MENGHASILKAN PRODUK HILIRAN(END PRODUCT) DENGAN HARGA MINIMUM YANG PALING MENGUNTUNGKAN, SATE DAGING ARNAB RM0.80 SECUCUK! BURGER DAGING ARNAB RM3.00 SEBIJI!!! NUGGET? MEAT BALL?
RAHSIA BAGAIMANA MENDAPATKAN BEKALAN TIMOTHY HAY DENGAN KADAR HARGA SERENDAH RM0.00 SEKILO!!!

Isnin, 2 November 2009

Home Sweet Home


Salam pada semua! Sorry sebab MIA (missing in action) untuk beberapa minggu. NH sebenarnya berada di San Diego, USA untuk training.

Untuk pengetahuan pembaca yang tidak mengenali NH, kerjaya sepenuh masa NH ialah sebagai Procurement Executive di sebuah syarikat pembuatan panel komposit. Syarikat kami membekalkan panel-panel komposit kepada syarikat-syarikat pembuatan kapal terbang seperti Airbus, Boeing, Goodrich dan Spirit Aerosystem


Pihak Syarikat telah berbesar hati menghantar NH untuk sessi latihan yang diberikan oleh "Strategic Partner" kami, Goodrich.

Pengalaman berada di Negara Asing sememangnya sukar dilupakan. Ilmu yang ditimba akan digunakan untuk menambah baik sistem yang sedia ada.

Selasa, 22 September 2009

Lawatan Dari Penternak Arnab Selatan


13 haribulan September yang lalu, semasa NH berada di kebun, NH telah menerima kunjungan dari dua rakan penternak arnab dari Selatan, mereka ialah Din from Che Dak Farmhouse serta Roff aka Led Zepp dari Rock & Roll Bunnies. Cerita lanjut

Isnin, 14 September 2009

Perhentian Terakhir

Lawatan 30hb Ogos diteruskan ke Gombak Selangor...
Tempat yang dimaksudkan tak lain tak bukan ialah Ladang Arnab Kiut yang diusahakan oleh Saudara Fahmi dan Hj Affendi.

Baka New Zealand White & Cik Elin...Sapa yang paling besar?????

Walaupun dah lama kenal Fahmi, tapi ini kali pertama NH berkunjung ke tempatnya....


Dalmation Rex - Sedap dipegang sedap dimakan....ops! sorry Fahmi!

Kebetulan Fahmi baru mengimport beberapa baka arnab dari Indonesia, jadi dapat lah NH usap-usap arnab obersea..hehehehe...

Silver pheasant milik Hj Effendi

Landak Raya...Sedapnya...LOL...

Lawatan Ke NAS Agro Farm

Dari kiri: Syakirin, Nabhan dan Isteri

Selepas mengunjungi ladang arnab Zafarin, perjalanan diteruskan ke arah utara. Perhentian seterusnya tiada kaitan dengan arnab, tetapi ke Ladang Cendawan kenalan lama industri penternakan cacing.


Ladang NAS agro terletak di Nilai, bermula dengan perladangan cendawan tiram, syarikat yang dimiliki oleh Saudara Nabhan serta adik beradik ini telah mengembangkan sayap dalam menghasilkan medium ternakan cacing berasaskan bongkah cendawan terpakai.



Baru-baru ini, mereka mula bergiat dalam penternakan kambing bebiri dari baka Dorper pula...


Padang ragut seluas 1 ekar, tempat full blood Dorper ewe meragut

Stock Dorper cross


Seronok tengok perniagaan member kian maju!

Lawatan ke Ladang Zafarin

Lawatan ni dibuat 30hb Ogos yang lalu, tetapi NH tak sempat nak upload gambar sebab gambar tertinggal di ofis.
Lawatan dibuat bagi mengeratkan talian silaturrahim antara penternak-penternak arnab (walau pun NH lum tahap menternak lg). Dah lama NH nak melawat tempat beliau, tetapi sebab bulan biasa sibuk dengan aktiviti di kebun, perancangan asyik ditunda je. Kali ni NH ambil kesempatan berehat dari aktiviti kebun di bulan Ramadhan untuk melangsaikan hajat.
Saudara Zafarin dah 3 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan arnab ni. Pengalaman beliau tentang arnab ni memang dah tahap gaban..LOL...Seronok dengar beliau bercerita tentang pengalaman beliau mengimport baka arnab dari luar negara, membuat pemasaran dan permintaan daging arnab yang bertambah dari hari ke hari.
Banyak juga perkongsian ilmu yang dibuat. Terima Kasih Zafarin!
Antara produk yang digunakan dalam penternakan

Baka New Zealand White

Anak arnab Angora Xtra besar...

Baru berumur sebulan dah 2 kali ganda saiz adik beradik yang lain

Ahad, 13 September 2009

Lawatan ke Ar-Raudah Rabbitry


ND: telinga kecik, muka bulat...

Hari ini NH telah membuat kunjungan ke Ar-Raudah Rabbitry di Taman Merdeka Melaka.
Tujuan untuk melihat Netherland Dwarf yg dimiliki oleh pemilik rabbitry Ar-Raudah, Syakirin
Bestnya pegang ND, badan kecik je, mcm anak arnab umur 2 bulan.
ND ni jantan warna chocolate spot and white.