Memaparkan catatan dengan label Rabbit Breeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rabbit Breeding. Papar semua catatan

Khamis, 12 Ogos 2010

Ah Moi Chantek

Ini Ah Moi Belanda Mali oooo.....
Manyak comel manyak gemuk....;-)



# ah moi chantek
kau lah gadis rupawan
ah moi chantek
lain dari yang lain #


P/s: Thank to Adam's Family for This Luvly Lady

Khamis, 5 Ogos 2010

Gelagat Budak 18 hari...


"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Khamis, 29 Julai 2010

Anak Dwarf - Hari ke-10

Dah 10 hari.......

Black otter baby.....10 days old

Dwarf trio, English Spot Baby and my handphone (just a chokia one lah...)

Selasa, 20 Julai 2010

Dwarf VS Normal

Anak dwarf (warna gelap) di bawah ni bukan milik NH, tetapi diletak dibawah jagaan NH untuk sementara waktu. NH hanya nak berkongsi pengalaman menjaga anak Dwarf bersama pembaca sekelian.

Memandangkan saiz mereka hanya sebesar ibu jari NH, jadi NH terpaksa berhati-hati semasa menyusukan mereka pada ibu angkat. Takut jugak mati dipijak ibu angkat..hehehe...

Nasib baik ibu angkat jenis yang "penyabar", setia menjalankan tugasan mengasuh anak-anak angkat.


Isnin, 7 Jun 2010

Tak Sempat Upload Dah Terjual

Gambar ni tuk kenang-kenangan NH je....Rarebits ni lum sempat NH upload gambar dah terjual....



Ahad, 23 Mei 2010

Koleksi Rex Di Newhillz

Pelbagai Jenis Baka Rex

Mini Rex - Baka mini. Badan kecil dan compact.

Standard Rex - Rex bersaiz normal dengan pelbagai warna menarik.

Antara Koleksi Di Newhillz

Rex Hitam

Rex Tricolor

Rex Harlequin

Khamis, 20 Mei 2010

Pertambahan Keluarga Rex di Newhillz Rabbitry

NH baru "timang" cucu-cucu Rex, cuma tak sempat update kat semua...

29 April 2010 - Dapat 5 cucu Rex, 4 Putih 1 English Spot...sekarang dah 3 minggu...

Anak Rex Putih


English Spot aka "Butterfly"

1 May 2010 - Dapat 2 cucu Mini Rex Oren, semua warna Oren

Anak Mini Rex, berbeza dengan standard Rex, telinga ia kecil

2 May 2010 - Dapat lagi sekor cucu Mini Rex Oren...Ibu Mini Rex Oren yang sama melahirkan seekor anak sehari kemudian...menjadikan jumlah kesemuanya 3 ekor...

Jumaat, 22 Januari 2010

Sangkar ternakan yang lebih canggih

Rasanya rata-rata pembaca blog NH ni adalah peminat-peminat arnab yang telah memelihara arnab atau yang berminat untuk membela arnab.

Antara perkara utama sebelum memelihara arnab ni mestilah kena ada sangkar kan?

Disini NH nak memperkenalkan design sangkar  yang digunakan dalam penternakan komersial.


Design yang ergonomic

Sangkar jenis ini banyak digunakan oleh penternak-penternak berskala besar. Tapi apa salahnya kita penternak kecil dan hobbyist ni menggunakan design ini di rabbitry kita.

Antara faedah sangkar jenis ni,

1. Tiada penggunaan kayu - kayu antara bahan yang paling kerap digunakan dalam pembinaan sangkar arnab. Masalah utama bagi kayu ialah ia menyerap air seterusnya cepat berkulat. Kayu yang berkulat akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis patogen.

2. Senang dinyahkuman - dengan menggunakan bahan berasaskan logam, sangkar jenis ini boleh dibasmi kuman dengan mudah. Samada dengan menggunakan "burner" atau bahan pencuci.

Nest box dan bekas makanan terletak di luar, memberi lebih ruang untuk induk demi keselesaannya

Tempahan Dibuka
Sila hubungi NH di talian 013 601 6643 atau email: rosaceae9966@yahoo.com

Ahad, 3 Januari 2010

Program Pembiakan Rex

Antara breeding program yang NH sedang lakukan ialah program pembiakan baka Rex.
Baka ini sememangnya unik kerana ciri bulunya yang lembut seakan-akan baldu.

Ciri ini adalah disebabkan oleh gen Rex yang menyebabkan "Guard hair" arnab menjadi halus dan sama pendek dengan "undercoat"

Antara koleksi Rex NH,


Red


Blue Otter


Harlequin

Sabtu, 2 Januari 2010

Future Doe - Chiwawa

Antara koleksi baru di Newhillz Rabbitry ialah anak arnab ini yang NH dapatkan dari Purple Rabbit. Terima kasih kepada Nizam kerana dapatkan anak arnab yang lawa ini. NH dah lama mencari arnab warna ini. Warna ni dipanggil Sable.

"Chiwawa" akan menjadi future doe NH untuk menghasilkan lebih banyak anak arnab berwarna Sable.




Cute nya hidung hitam dia.....

Ni lah contoh Sable rabbit bila matang yang NH dapatkan dari website lain



Future Doe - Frosty

Ni lah adik beradik Lady Marmalade. NH nama kan Frosty.
Badan dia besar sedikit dari Lady Marmalade.

Warna ni kita panggil broken grey. Kira ala-ala magpie.




Jumaat, 1 Januari 2010

Future Doe - Lady Marmalade

Salam, kali ni NH nak perkenalkan future doe Newhillz Rabbitry. Nama dia Lady Marmalade.

Warna dia sebenarnya tricolor, cuma bahagian hitam dia tak banyak, sedikit sahaja di punggung.

Lady Marmalade ada seekor lg adik beradik betina yang NH simpan untuk dijadikan future Doe. InsyaAllah NH akan update gambarnya juga.




Jumaat, 18 Disember 2009

Newhillz's Dumbo

Antara koleksi terbaru Newhillz rabbitry adalah Fuzzy Lop jantan bernama "Dumbo"
Bulu Dumbo berwarna Sable dan memang lebat. Sampai atas telinga pun ada bulu panjang.


Dumbo yang pemalas...ambik gambar pun malas nak posing....kalau nak tengok dia aktif...waktu malam masa orang dah tido...

Khamis, 17 Disember 2009

Newhillz Meat Rabbit Hybrid - F1

Ni "foundation doe" pedaging pertama NH. Warnanya dikenali sebagai Chincilla. NH beli dari ladang Hanz di Telok Panglima Garang.
Baru melahirkan litter pertama pada 26 Oktober 2009 (wk44).
8 ekor semuanya. 6 survive, 2 mati semasa lahir.

Pejantannya merupakan NZW yang NH dapatkan dari sebuah makmal Haiwan atas bantuan adik yang membuat kajian "funtional food" dengan menggunakan NZW sebagai subjek.


Foundation Doe, badan tetap maintain solid walaupun masih menyusukan anak.
NH hanya akan mula weaning apabila anaknya berumur 8 minggu.


F1 litter - Terpaksa bagi makanan supaya diorang fokus kat kamera..hahaha


Ni anak-anak dia yang dah berumur 7 minggu
Average weight 893gram. Individu terberat 1100 gram
(Tarikh gambar: 18 Dec 2009)

Malam semalam "Foundation Doe" NH yang kedua melahirkan 7 ekor bibit.
Ibu REW ni juga dibeli dari Telok Panglima Garang.
NH mate kan dengan pejantan NZW yang sama.


Walaupun pertama kali jadi ibu, pedaging REW ni memang caring. Chayok!


Inilah bibit yang baru lahir. InsyaAllah semua putih. NH akan monitor pertumbuhan mereka setiap hari sehingga bibit berumur 2 minggu untuk melihat potensi ibu pedaging.

Selasa, 1 Disember 2009

Angora Litter Born 14th Oct 2009

Little Boy 1 (LEA-141009-RDb-4-XY)
SOLD

Little Boy 2 (LEA-141009-FWb-4-XY)
SOLD

Little Girl 1 (LEA-141009-FWb-4-XX)
SOLD

Little Girl 2 (LEA-141009-FWb-4-XX)
SOLD