Blog ini bertindak sebagai medium penerangan perkara-perkara berhubung aktiviti penternakan arnab, berdiskusi. Newhillz Rabbitry membekal pelbagai baka arnab, peralatan dan ubat-ubatan penternakan
Rabu, 19 Mei 2010
Kurang Makan Vs Terlebih Makan
Apa dia???? Jeng..jeng...jeng...
Fasa 1 - Fasa Rajin
Kenapa NH cakap rajin...masa ni lah kita rajin membeli, rajin membaca, rajin bertanya, rajin bagi makan, rajin bersihkan sangkar, rajin grooming dan pelbagai jenis kerajinan yang kekadang mak bapak kita tengok pun mengeleng kepala....ish..ish..ish...
Pendek citer, kalau masa ni Mak Gayah atau Mak Pe'ah nak pilih menantu, mesti tersenarai dalam top list...hwa..hwa..hwa...
Dalam kerajinan yang terlampau ni diam tak diam kita "mengancam" nyawa binatang kesayangan kiter....
Aik! pelik lak, awat tang tu pi nya???? Patutnya makin belai makin menjadi, tul tak??
Oklah Pakcik Makcik Abang Kakak & Adik semua, NH ambik contoh scenario berikut...
Kes 1....Terajin bagi makan.
Tuan Doktor,
Saya ari2 mengadap arnab saya...sayang sangat dey all...Sambil tenung, sambil suap cikedis...selain tu saya bagi biskut kucing, Kiddi Famatun, dan sesekali pellet Kambing gurun bercampur keju Kambing Saanen...
Sejak minggu lps....sekor demi sekor mati....diorang asyik dok termenung...Nak ckp tenung awek lawa...saya lah AWEK PALING LAWA yang diorang pernah nampak...perut depa bulat...Puas saya bagi ubat..tp tak berkesan...
Knp yek????
Cik Temah,
Rasanya Cik Temah perasan diorang termenung sebab tgk Cik Temah...
Diorang tu sebenarnya termenung sebab berak kapur...Makanan yang Cik Temah bagi tu kalau arnab Bandar pun boleh memulas perut makan. Ni kan pulak Arnab Kampung...
Kay Lah...Masuk lak Fasa 2 - Fasa Malas
Lambat laun setiap orang pasti akan melalui fasa ni...ada yang terus hanyut dengan kemalasan dan ada yang dapat bangkit semula dengan azam baru...
Masa ni lah Arnab-arnab kalian kais pagi makn pagi...Mood baik dapat lah pellet diperkaya dengan vitamin dan garam galian...Mood tak baik dapat lalang campur jagung ayam....Sadis-sadis....tapi tu lah hakikat manusia...cepat jemu...hanya segelintir sahaja yang dapat kekal dengan sesuatu hobi...
Akibatnya arnab-arnab mengalami malnutrisi...
(nama dlm citer ada lah rekaan semata-mata, tiada kena dengan yg hidup atau yang mati)
Isnin, 1 Mac 2010
Antibiotics dangerous for use in rabbits
Dysbiosis is often observed; the enteric bacterial flora, that is naturally present in the cecum and the intestines of the rabbit, is disrupted.
This situation enables pathogenic bacteria, such as Clostridium spp, to grow in the GI tract and to produce dangerous toxins.
Here is a list of antibiotics that have been reported dangerous for use or fatal for rabbits. Please print it and store it in a safe place, show it to your vet in case he wants to give your rabbit antibiotics.
Name of antibiotic Effect
Ampicillin 40 to 100% fatal enteritis,
dependent on dosage
Amoxicillin Diarrhea after oral administration.
Cephalexin Diarrhea after oral administration.
Injection of cephalosporin has proven safe.
Clindamycin 50 to 100% fatal enteritis, dependent
on dosage
Erythromycin Diarrhea
Lincomycin 33 to 100% fatal enteritis, dependent
on dosage
Minocycline Reduction of growth rate
Penicillin Acute and/or chronic enteritis (diarrhea)
after oral administration. Injection
of cephalosporin has proven safe.
Spectinomycin Diarrhea
Spiramycin Nervousness
Tilmicosin Fatal adverse reaction has been
observed. The reaction seems
rabbit dependent and it is advised
to do a test dose of 5 mg/kg
before doubling dosage.
Tylosin Diarrhea
Vancomycin Acute toxicity with 100% mortality
From: T. H. Morris: Antibiotic Therapeutics in Laboratory Animals. Laboratory Animals 29: 16-36.
Jumaat, 15 Mei 2009
Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk
Diterjemah Oleh : Rosahairil
Ibu arnab akan menyusukan anaknya lebih kurang 5 minit sehari. Selalunya ibu arnab akan memasuki sarangnya pada waktu pagi dan petang. Susu arnab diperkayai dengan protein berkualiti, ia membolehkan anak arnab mendapat bekalan protein yang secukupnya walaupun hanya menyusu untuk tempoh yang sebentar. Ibu arnab tidak akan mendampingi anak-anaknya untuk memanaskan badan mereka sebagaimana mamalia lain dan burung. Oleh yang demikian sarang dibina daripada bulu dan rumput bagi memastikan anak arnab mengekalkan suhu badan mereka. Jangan sesekali memaksa ibu arnab untuk duduk di dalam sarang. Anda boleh memeriksa samada anak arnab mendapat susu yang secukupnya dari ibu mereka dengan mengangkat mereka dan melihat saiz perut (pastikan perut mereka tidak kempis), kulit kelihatan kemerah-merahan, dan kadar aktiviti (mereka tidak kelihatan kebiruan dan tidak bermaya). Anak arnab seharusnya senyap sepanjang hari, jika mereka berbunyi, itu menunjukkan mereka kelaparan. Adakalanya anda akan menghadapi situasi dimana anak arnab menjadi tidak beribu, seperti kematian ibu atau ibu enggan menjaga anaknya ibu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh menyusukan anak arnab dengan susu gantian seperti susu tepung kucing. Pastikan anda hanya memberi susu 2 kali sehari. Pemberian susu berlebihan boleh menyebabkan masalah usus dan mengakibatkan kematian. Berikan anak arnab kotak didik yang selesa dan dialas dengan tuala yang bersih, tutup anak dengan tuala untuk memasti suasana gelap. Jangan bekalkan haba sekiranya suhu persekitaran adalah panas. Haba yang berlebihan boleh membawa maut. Jika suhu sejuk, anda boleh meletakkan pad pemanasan, pastikan kedudukannya tidak melebihi separuh dari sarang. Anak arnab akan bergerak ke kawasan yang sejuk jika ia merasa panas
Anda boleh menggunakan susu gantian kucing untuk tujuan penjagaan anak arnab. KMR (Kitten Milk Replacer) boleh didapati di kebanyakan kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh menggunakan susu kambing.
Berikut adalah panduan penjagaan anak arnab bagi baka yang BERSAIZ DEWASA sekitar 2.6 kilo. Sukatan boleh ditambah untuk baka yang lebih besar. Gunakan sukatan susu yang diberi dan dibahagi kepada 2.
Baru lahir sehingga satu minggu: 2 - 2+1/2 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari).
1-2 minggu: 5-7 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) (bergantung kepada arnab, saiz kecil akan minum kurang sedikit).
2-3 minggu: 7-13 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari). Anak arnab domestik akan mula membuka mata pada hari kesepuluh. Arnab boleh mula diperkenalkan kepada makanan seperti jerami rumput, pellet serta air.
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) arnab domestik akan mula cerai susu pada umur 6 minggu.
Jika anda memiliki arnab dewasa yang sihat, kumpulkan cecotropes (tinja lembut coklat cerah yang arnab biasanya makan semula). Tinja ini kemudiannya dicampur dengan susu untuk membekalkan bakteria berguna kepada usus arnab. Anda hanya memerlukan satu cecotropes setiap hari dan diberi selama 4-5 hari. Ini amatlah penting terutamanya arnab dibawah umur sebulan 
Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang lepas dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini lah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya.
Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah mereka berumur 2 minggu.