Memaparkan catatan dengan label Rabbit Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rabbit Diet. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Mac 2010

Nutrisi Arnab Siri 2 - Karbohidrat

Karbohidrat

Fungsi
Karbohidrat membekalkan tenaga untuk arnab

Jenis Karbohidrat
Gula Ringkas (monosakarida)
Glukos, Fruktosa (Gula buah), Dektrosa
Gula Kompleks (Polisakarida)
Kanji

Sumber Karbohidrat
Bijirin - Kanji Tepu
Pellet - Kanji Tepu
Buah-buahan - Fruktosa


Keperluan
Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama dalam gizi arnab. Keperluan Karbohidrat ditentukan oleh tahap aktiviti arnab. Arnab memerlukan kadar tenaga yang tinggi ketika menyusukan anak, sedang membesar, melawan penyakit seperti ketumbuhan dan kanser, menjalani kemoterapi dan ketegangan. Aktiviti kembili (Spay & Neuter) akan menurunkan keperluan tenaga pada arnab. Oleh itu kadar pengambilan Karbohidrat perlu dikawal.

Bahaya
Kanji dan gula berlebihan boleh menyumbang kepada kegemukan kerana tenaga yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Selain itu gula berlebihan juga boleh menyebabkan Enterotoxemia. Karbohidrat berlebihan akan memasuki Sekum (usus besar) dan mengakibatkan ketidakseimbangan populasi bakteria dan seterusnya menghasilkan toxin. Toxin berlebihan boleh mengakibatkan cirit.

Pemakanan
Arnab Matang/Dewasa
Baka yang kecil (Netherland Dwarf, Polish) memerlukan tenaga lebih tinggi berbanding baka yang besar (Flemish Giant, French Lop) kerana kadar metabolisma yang tinggi (jantung berdegup lebih laju, bernafas lebih cepat dan sebagainya). Oleh itu, seekor ND seberat on 900gram memerlukan lebih makanan dari Lop seberat 5 kilo. Selain itu, baka Dwarf memiliki Sekum yang lebih pendek dan tidak dapat memproses makanan sesempurna baka besar. Berat arnab perlu dipantau. Pengambilan makanan seharusnya dikurangkan bagi arnab yang obes dan ditingkatkan pada arnab yang kurus.

Angora dan baka bulu panjang yang lain
Baka-baka ini mungkin memerlukan lebih Karbohidrat dan Protein berbanding baka bulu pendek. Pertumbuhan bulu yang cantik memerlukan tenaga dan Protein yang lebih. Terlalu sedikit Protein dan Karbohidrat akan mengakibatkan tubuh menggunakan tenaga dari otot untuk pertumbuhan bulu.
Akan tetapi diet tetap harus dipantau bagi mengelakkan Obesiti kerana tenaga yang berlebihan.


Arnab yang sedang membesar
Arnab yang sedang membesar memerlukan diet yang tinggi Karbohidrat. Akan tetapi Usus anak arnab lebih sensitif terhadap kadar Karbohidrat berbanding arnab dewasa. Karbohidrat yang terlalu tinggi akan mengganggu keseimbangan bakteria dalam usus. Oleh itu pengambilan buah-buahan dan bijirin pada anak arnab seharusnya dikurangkan bagi mengelakkan masalah Enterotoxemia. Serat (Fiber) memiliki fungsi perlindungan terhadap enterotoxemia. Oleh itu pellet jarang menyebabkan enterotoxemia berbanding bijirin.


Arnab Sedang Sakit
Arnab yang sakit memerlukan tenaga yang lebih berbanding arnab yang sihat. Tenaga diperlukan untuk membantu fungsi ketahanan badan. Oleh itu adalah penting untuk arnab yang sakit diberi bantuan nutrien kerana selera mereka akan merosot. Arnab yang tidak makan terdedah pada risiko masalah hati (Hepatic lipidosis - Topik ini akan dibincangkan) yang membawa maut dan Toxemia.

Khamis, 18 Mac 2010

Nutrisi Arnab Siri 1- Protein

Protein

Fungsi
Untuk pertumbuhan otot dan bulu. Turut berfungsi mengubah makanan kepada tenaga selain memastikan keseimbangan fungsi usus.

Jenis Protein
Protein merupakan gizi utama arnab. Protein terdiri dari asid amino. Merangkumi 20 jenis asid amino, dimana sesetengah boleh terhasil sendiri di dalam badan arnab. Sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh bakteria cecal. Asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh arnab dipanggil asid amino penting.

Sumber
Rumput : 8-15%
Alfalfa hay: 17-23%
Pellet: 13-20%
Bijirin: 10-18%
Cecal : 25-38%

Keperluan Harian
Arnab Dewasa Bulu Pendek: 10-12% protein
Arnab Dewasa Bulu Panjang: 13-15% protein

Bahaya
Protein berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan ginjal.

Sabtu, 5 September 2009

Rumput Vs Pellet

Seorang kenalan ada bertanya mengenai kegunaan rumput di dalam gizi arnab.
Memandangkan ruang di shoutbox agak terhad, NH akan menjawab pertanyaan itu di sini.

Soalan
Adakah gabungan dua rumput (Stylo dan Guinea Grass) ini bagus utk menampung pemakanan arnab?? tuan dokter~
IB

Jawapan
Jawapannya ialah Ya dan Tidak.

Kenapa Ya?

Stylo adalah sejenis legume oleh itu ia mengandungi protein yang tinggi. Oleh itu ia merupakan makanan yang sesuai untuk menampung keperluan protein bagi Arnab.
Kadar CP Stylo adalah pada peringkat vegetatif (Sebelum berbunga) iaitu sekitar 17%.
Guinea Grass pula banyak digunakan oleh penternak lembu dan kambing kerana ia senang membiak dan berkembang cepat.

Arnab adalah haiwan yang memakan rumput (harus diingat, kita sedang berbincang mengenai rumput, bukan sayur-sayuran), oleh itu sistem penghadamannya telah direka khas bagi menghadam rumput dengan baik. Maka tiada masalah untuk menggunakan rumput sebagai bahan makanan. Selain itu, rumput mengandungi enzim semulajadi yang membantu dalam menstabilkan kadar metabolisme tubuh, memberi cooling effect (heat stress) serta meningkatkan kadar penyerapan nutrien.

Kenapa Tidak?

Setinggi mana pun protein pada sejenis tumbuhan, ia masih memiliki kekurangan dari segi lemak, vitamin dan garam galian. Memberi satu atau dua jenis tumbuhan tidak akan dapat menampung kekurangan nutrien di dalam gizi. Anda mungkin memerlukan berpuluh-puluh jenis tumbuhan bagi melengkapi keperluan nutrien harian arnab anda.

Oleh itu, rumput boleh dijadikan gizi utama, akan tetapi anda perlu menambah pellet sebagai gizi tambahan sekiranya anda ingin kan pertumbuhan optimum pada arnab anda. Pellet arnab adalah gizi yang telah diformulasi khas untuk memenuhi keperluan pertumbuhan arnab. Selain dari protein, ia turut mengandungi karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh arnab bg memastikan pertumbuhan yg sihat. Ia sesuai untuk tujuan komersial, serta mereka yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan rumput.

Di Newhillz Rabbitry, NH mengamalkan diet kombinasi, Arnab NH akan dibekalkan rumput dan pellet secara bergilir.

Ahad, 5 Julai 2009

Makanan Tambahan Part 1

Ramai penternak merunggut kebelakangan ni sebab tak tahan dengan kos pemakanan yang tinggi...Tak dinafikan, NH pun kekadang mengeluh...Hahaha.
Berikut adalah antara makanan tambahan yang boleh diberi kepada arnab
Daun Jagung
Daun Jagung mengandungi protein yang tinggi berbanding napier. Anggaran 20%

Napier Merah


Varieti Napier merah ini berasal dari Taiwan...protein tinggi...Tuan arnab pun boleh makan...hehe...Napier merah pernah menjadi "hot item" sikit masa dahulu dikalangan masyarakat cina kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik

Napier India

Napier ini berasal dari India. Antara Napier yang mendapat permintaan ramai rintitan dari laporan kajian Mardi yang menunjukkan kadar protein kasar yang tinggi pada napier ini.

Protein kasar boleh mencecah 18-20%.