Jumaat, 19 Mac 2010

Nutrisi Arnab Siri 2 - Karbohidrat

Karbohidrat

Fungsi
Karbohidrat membekalkan tenaga untuk arnab

Jenis Karbohidrat
Gula Ringkas (monosakarida)
Glukos, Fruktosa (Gula buah), Dektrosa
Gula Kompleks (Polisakarida)
Kanji

Sumber Karbohidrat
Bijirin - Kanji Tepu
Pellet - Kanji Tepu
Buah-buahan - Fruktosa


Keperluan
Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama dalam gizi arnab. Keperluan Karbohidrat ditentukan oleh tahap aktiviti arnab. Arnab memerlukan kadar tenaga yang tinggi ketika menyusukan anak, sedang membesar, melawan penyakit seperti ketumbuhan dan kanser, menjalani kemoterapi dan ketegangan. Aktiviti kembili (Spay & Neuter) akan menurunkan keperluan tenaga pada arnab. Oleh itu kadar pengambilan Karbohidrat perlu dikawal.

Bahaya
Kanji dan gula berlebihan boleh menyumbang kepada kegemukan kerana tenaga yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Selain itu gula berlebihan juga boleh menyebabkan Enterotoxemia. Karbohidrat berlebihan akan memasuki Sekum (usus besar) dan mengakibatkan ketidakseimbangan populasi bakteria dan seterusnya menghasilkan toxin. Toxin berlebihan boleh mengakibatkan cirit.

Pemakanan
Arnab Matang/Dewasa
Baka yang kecil (Netherland Dwarf, Polish) memerlukan tenaga lebih tinggi berbanding baka yang besar (Flemish Giant, French Lop) kerana kadar metabolisma yang tinggi (jantung berdegup lebih laju, bernafas lebih cepat dan sebagainya). Oleh itu, seekor ND seberat on 900gram memerlukan lebih makanan dari Lop seberat 5 kilo. Selain itu, baka Dwarf memiliki Sekum yang lebih pendek dan tidak dapat memproses makanan sesempurna baka besar. Berat arnab perlu dipantau. Pengambilan makanan seharusnya dikurangkan bagi arnab yang obes dan ditingkatkan pada arnab yang kurus.

Angora dan baka bulu panjang yang lain
Baka-baka ini mungkin memerlukan lebih Karbohidrat dan Protein berbanding baka bulu pendek. Pertumbuhan bulu yang cantik memerlukan tenaga dan Protein yang lebih. Terlalu sedikit Protein dan Karbohidrat akan mengakibatkan tubuh menggunakan tenaga dari otot untuk pertumbuhan bulu.
Akan tetapi diet tetap harus dipantau bagi mengelakkan Obesiti kerana tenaga yang berlebihan.


Arnab yang sedang membesar
Arnab yang sedang membesar memerlukan diet yang tinggi Karbohidrat. Akan tetapi Usus anak arnab lebih sensitif terhadap kadar Karbohidrat berbanding arnab dewasa. Karbohidrat yang terlalu tinggi akan mengganggu keseimbangan bakteria dalam usus. Oleh itu pengambilan buah-buahan dan bijirin pada anak arnab seharusnya dikurangkan bagi mengelakkan masalah Enterotoxemia. Serat (Fiber) memiliki fungsi perlindungan terhadap enterotoxemia. Oleh itu pellet jarang menyebabkan enterotoxemia berbanding bijirin.


Arnab Sedang Sakit
Arnab yang sakit memerlukan tenaga yang lebih berbanding arnab yang sihat. Tenaga diperlukan untuk membantu fungsi ketahanan badan. Oleh itu adalah penting untuk arnab yang sakit diberi bantuan nutrien kerana selera mereka akan merosot. Arnab yang tidak makan terdedah pada risiko masalah hati (Hepatic lipidosis - Topik ini akan dibincangkan) yang membawa maut dan Toxemia.

1 ulasan:

  1. As'kum.

    Disamping cadangan tersebut, boleh juga kalau diamalkan kesihatan arnab dgn penawar tradisional yg ada di sini:

    Tips Penjagaan Arnab

    Penawar tu agak kuat juga kesannya. Semoga berjaya. Tq.

    BalasPadam