Khamis, 5 Ogos 2010

Gelagat Budak 18 hari...


"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Khamis, 29 Julai 2010

Anak Dwarf - Hari ke-10

Dah 10 hari.......

Black otter baby.....10 days old

Dwarf trio, English Spot Baby and my handphone (just a chokia one lah...)

Selasa, 20 Julai 2010

Dwarf VS Normal

Anak dwarf (warna gelap) di bawah ni bukan milik NH, tetapi diletak dibawah jagaan NH untuk sementara waktu. NH hanya nak berkongsi pengalaman menjaga anak Dwarf bersama pembaca sekelian.

Memandangkan saiz mereka hanya sebesar ibu jari NH, jadi NH terpaksa berhati-hati semasa menyusukan mereka pada ibu angkat. Takut jugak mati dipijak ibu angkat..hehehe...

Nasib baik ibu angkat jenis yang "penyabar", setia menjalankan tugasan mengasuh anak-anak angkat.


Isnin, 7 Jun 2010

Tak Sempat Upload Dah Terjual

Gambar ni tuk kenang-kenangan NH je....Rarebits ni lum sempat NH upload gambar dah terjual....



Isnin, 31 Mei 2010

Satin Rex

Satin Rex

Genetik Rex menghasilkan arnab yang memiliki bulu yang sekata manakala Genetik Satin pula menyebabkan bulu arnab kelihatan berkilat sekilas kain satin. Hasil gabungan kedua-dua gen ini, menghasilkan arnab berbulu Rex dan berkilat.



NH ada membekal baka Satin Rex
Untuk mereka yang berminat boleh contact NH
Di talian 016 6014806/ 012 9106157

Ahad, 23 Mei 2010

Koleksi Rex Di Newhillz

Pelbagai Jenis Baka Rex

Mini Rex - Baka mini. Badan kecil dan compact.

Standard Rex - Rex bersaiz normal dengan pelbagai warna menarik.

Antara Koleksi Di Newhillz

Rex Hitam

Rex Tricolor

Rex Harlequin

Khamis, 20 Mei 2010

Pertambahan Keluarga Rex di Newhillz Rabbitry

NH baru "timang" cucu-cucu Rex, cuma tak sempat update kat semua...

29 April 2010 - Dapat 5 cucu Rex, 4 Putih 1 English Spot...sekarang dah 3 minggu...

Anak Rex Putih


English Spot aka "Butterfly"

1 May 2010 - Dapat 2 cucu Mini Rex Oren, semua warna Oren

Anak Mini Rex, berbeza dengan standard Rex, telinga ia kecil

2 May 2010 - Dapat lagi sekor cucu Mini Rex Oren...Ibu Mini Rex Oren yang sama melahirkan seekor anak sehari kemudian...menjadikan jumlah kesemuanya 3 ekor...

Rabu, 19 Mei 2010

Kurang Makan Vs Terlebih Makan

Dalam mana-mana hobi membela/menternak, kita pasti akan melalui 2 fasa....
Apa dia???? Jeng..jeng...jeng...

Fasa 1 - Fasa Rajin

Kenapa NH cakap rajin...masa ni lah kita rajin membeli, rajin membaca, rajin bertanya, rajin bagi makan, rajin bersihkan sangkar, rajin grooming dan pelbagai jenis kerajinan yang kekadang mak bapak kita tengok pun mengeleng kepala....ish..ish..ish...

Pendek citer, kalau masa ni Mak Gayah atau Mak Pe'ah nak pilih menantu, mesti tersenarai dalam top list...hwa..hwa..hwa...

Dalam kerajinan yang terlampau ni diam tak diam kita "mengancam" nyawa binatang kesayangan kiter....

Aik! pelik lak, awat tang tu pi nya???? Patutnya makin belai makin menjadi, tul tak??

Oklah Pakcik Makcik Abang Kakak & Adik semua, NH ambik contoh scenario berikut...

Kes 1....Terajin bagi makan.

Tuan Doktor,
Saya ari2 mengadap arnab saya...sayang sangat dey all...Sambil tenung, sambil suap cikedis...selain tu saya bagi biskut kucing, Kiddi Famatun, dan sesekali pellet Kambing gurun bercampur keju Kambing Saanen...
Sejak minggu lps....sekor demi sekor mati....diorang asyik dok termenung...Nak ckp tenung awek lawa...saya lah AWEK PALING LAWA yang diorang pernah nampak...perut depa bulat...Puas saya bagi ubat..tp tak berkesan...
Knp yek????

Cik Temah,
Rasanya Cik Temah perasan diorang termenung sebab tgk Cik Temah...
Diorang tu sebenarnya termenung sebab berak kapur...Makanan yang Cik Temah bagi tu kalau arnab Bandar pun boleh memulas perut makan. Ni kan pulak Arnab Kampung...

Kay Lah...Masuk lak Fasa 2 - Fasa Malas

Lambat laun setiap orang pasti akan melalui fasa ni...ada yang terus hanyut dengan kemalasan dan ada yang dapat bangkit semula dengan azam baru...

Masa ni lah Arnab-arnab kalian kais pagi makn pagi...Mood baik dapat lah pellet diperkaya dengan vitamin dan garam galian...Mood tak baik dapat lalang campur jagung ayam....Sadis-sadis....tapi tu lah hakikat manusia...cepat jemu...hanya segelintir sahaja yang dapat kekal dengan sesuatu hobi...

Akibatnya arnab-arnab mengalami malnutrisi...
(nama dlm citer ada lah rekaan semata-mata, tiada kena dengan yg hidup atau yang mati)

Khamis, 6 Mei 2010

News From ARPA

Dear my Malaysian friends,

How are you all going ? Healthy and happy I hope,
I have not heard any news from you all since my email was hackaed by someone in England. How is the progress of MyRPA (Malaysian Rabbit production Association) ? Is it already formed and inaugurated?

The Indonesian-ARPA, has 1 branch in Semarang (Central Java) and in May will have one in Batu-Malang (East Java), and in July another one in Payakumbuh (West Sumatera).
If everything runs well, Indo-ARPA will have a national activity, a workshop, contest and exhibition of live rabbits and rabbit meat dishes, auction and also tour of visits to some rabbit farms. It is also planned to have some training on all aspects of farming with some trainers from China.

Other thing is that the website of ARPA has been activated. its name is www.arpa-asianrabbit.org However the content is barely available, except the featureas on About Us and Contact Us. Therefore I invite your cooperation to share your rabbit activities in your country to be uploaded to our web. Early May the ARPA will issue its first newsletter and I hope that each country can contribute some news for the newsletter.
Please visit our web and make comment on it. Later on in the feature Discussion Forum each member can discuss problems, share the expereince etc. You can also fill the previous meeting and also plan for next meeting etc in the Past and Upcoming Event. Gallery is for some pictures of our activities. We also plan to put advertisements of rabbit companies and products in this feature. However we have not come up with the conditions for this plan.

Please inform our other members who is not yet included in this email.

Best regards,Yono

Latest Update Dari Newhillz

Lama Newhillz tak update blog ni...Sepanjang tempoh ni banyak yang telah berlaku

1. Newhillz berpindah rumah...Bukan lagi di Bukit Baru...tetapi di Bukit Katil....Hmm....Kena tukar nama Rabbitry ke?????? Tak leh panggil Newhillz lg...hahahaha....
Tapi bak kata pepatah "Tempat jatuh lagi dikenang" Cewaaah!

2. Ada anggota "bunnies" Newhillz bertambah...Newhillz dah tambah koleksi Rex, Teddy Bear, Mini Angora, dan juga berkolaborasi dengan rakan di Melaka untuk penghasilan baka baru....Tang tu, hangpa semua kena tunggu dulu norrrrrr.......
dan tak kurang juga yang pergi...Pergi tak kembali...huhuhuhu.


3. Pergi ke Paris dan UK untuk urusan kerja tetapi stranded di UK selama 10 hari akibat masalah debu gunung berapi Iceland.... Had ni memang touching kalau dengar citer NH.....Sorang-sorang terkandas di Kota London....dengan berbekalkan wang yang kompeni bagi (Dalam hati, hooray!!!!.....Cuti berbayar...LOL)

Hello...aku kat Stonehenge Oiii!

4. Citer Mistik pertama yang NH pernah citer dalam Blog arnab ni...Rumah NH di"tawan" makhluk halus.....shhhhhhhhh.....jangan pandang belakang.....


Jumaat, 19 Mac 2010

Nutrisi Arnab Siri 2 - Karbohidrat

Karbohidrat

Fungsi
Karbohidrat membekalkan tenaga untuk arnab

Jenis Karbohidrat
Gula Ringkas (monosakarida)
Glukos, Fruktosa (Gula buah), Dektrosa
Gula Kompleks (Polisakarida)
Kanji

Sumber Karbohidrat
Bijirin - Kanji Tepu
Pellet - Kanji Tepu
Buah-buahan - Fruktosa


Keperluan
Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama dalam gizi arnab. Keperluan Karbohidrat ditentukan oleh tahap aktiviti arnab. Arnab memerlukan kadar tenaga yang tinggi ketika menyusukan anak, sedang membesar, melawan penyakit seperti ketumbuhan dan kanser, menjalani kemoterapi dan ketegangan. Aktiviti kembili (Spay & Neuter) akan menurunkan keperluan tenaga pada arnab. Oleh itu kadar pengambilan Karbohidrat perlu dikawal.

Bahaya
Kanji dan gula berlebihan boleh menyumbang kepada kegemukan kerana tenaga yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Selain itu gula berlebihan juga boleh menyebabkan Enterotoxemia. Karbohidrat berlebihan akan memasuki Sekum (usus besar) dan mengakibatkan ketidakseimbangan populasi bakteria dan seterusnya menghasilkan toxin. Toxin berlebihan boleh mengakibatkan cirit.

Pemakanan
Arnab Matang/Dewasa
Baka yang kecil (Netherland Dwarf, Polish) memerlukan tenaga lebih tinggi berbanding baka yang besar (Flemish Giant, French Lop) kerana kadar metabolisma yang tinggi (jantung berdegup lebih laju, bernafas lebih cepat dan sebagainya). Oleh itu, seekor ND seberat on 900gram memerlukan lebih makanan dari Lop seberat 5 kilo. Selain itu, baka Dwarf memiliki Sekum yang lebih pendek dan tidak dapat memproses makanan sesempurna baka besar. Berat arnab perlu dipantau. Pengambilan makanan seharusnya dikurangkan bagi arnab yang obes dan ditingkatkan pada arnab yang kurus.

Angora dan baka bulu panjang yang lain
Baka-baka ini mungkin memerlukan lebih Karbohidrat dan Protein berbanding baka bulu pendek. Pertumbuhan bulu yang cantik memerlukan tenaga dan Protein yang lebih. Terlalu sedikit Protein dan Karbohidrat akan mengakibatkan tubuh menggunakan tenaga dari otot untuk pertumbuhan bulu.
Akan tetapi diet tetap harus dipantau bagi mengelakkan Obesiti kerana tenaga yang berlebihan.


Arnab yang sedang membesar
Arnab yang sedang membesar memerlukan diet yang tinggi Karbohidrat. Akan tetapi Usus anak arnab lebih sensitif terhadap kadar Karbohidrat berbanding arnab dewasa. Karbohidrat yang terlalu tinggi akan mengganggu keseimbangan bakteria dalam usus. Oleh itu pengambilan buah-buahan dan bijirin pada anak arnab seharusnya dikurangkan bagi mengelakkan masalah Enterotoxemia. Serat (Fiber) memiliki fungsi perlindungan terhadap enterotoxemia. Oleh itu pellet jarang menyebabkan enterotoxemia berbanding bijirin.


Arnab Sedang Sakit
Arnab yang sakit memerlukan tenaga yang lebih berbanding arnab yang sihat. Tenaga diperlukan untuk membantu fungsi ketahanan badan. Oleh itu adalah penting untuk arnab yang sakit diberi bantuan nutrien kerana selera mereka akan merosot. Arnab yang tidak makan terdedah pada risiko masalah hati (Hepatic lipidosis - Topik ini akan dibincangkan) yang membawa maut dan Toxemia.

Khamis, 18 Mac 2010

Nutrisi Arnab Siri 1- Protein

Protein

Fungsi
Untuk pertumbuhan otot dan bulu. Turut berfungsi mengubah makanan kepada tenaga selain memastikan keseimbangan fungsi usus.

Jenis Protein
Protein merupakan gizi utama arnab. Protein terdiri dari asid amino. Merangkumi 20 jenis asid amino, dimana sesetengah boleh terhasil sendiri di dalam badan arnab. Sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh bakteria cecal. Asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh arnab dipanggil asid amino penting.

Sumber
Rumput : 8-15%
Alfalfa hay: 17-23%
Pellet: 13-20%
Bijirin: 10-18%
Cecal : 25-38%

Keperluan Harian
Arnab Dewasa Bulu Pendek: 10-12% protein
Arnab Dewasa Bulu Panjang: 13-15% protein

Bahaya
Protein berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan ginjal.

Rabu, 10 Mac 2010

Cara menghalang arnab berak di dalam bekas makanan

Seorang Blogger "Contoi" bertanya mengenai cara mengelak arnab berak di dalam bekas.
Berikut adalah salah satu cadangan.

Caranya ialah dengan menyediakan pembahagi di dalam bekas. Pembahagi ini seharusnya tinggi sedikit dari bekas. Ini akan menghalang arnab dari masuk ke dalam bekas. 


Isnin, 1 Mac 2010

Antibiotics dangerous for use in rabbits

A number of antibiotics is reported dangerous in rabbits. While they help fight a bacterial infection, they bring about secondary effects like nephrotoxicity or gastrointestinal troubles that can have a fatal issue.

Dysbiosis is often observed; the enteric bacterial flora, that is naturally present in the cecum and the intestines of the rabbit, is disrupted.

This situation enables pathogenic bacteria, such as Clostridium spp, to grow in the GI tract and to produce dangerous toxins.

Here is a list of antibiotics that have been reported dangerous for use or fatal for rabbits. Please print it and store it in a safe place, show it to your vet in case he wants to give your rabbit antibiotics.


Name of antibiotic                    Effect


Ampicillin                             40 to 100% fatal enteritis,
                                         dependent on dosage


Amoxicillin                            Diarrhea after oral administration.


Cephalexin                           Diarrhea after oral administration.
                                         Injection of cephalosporin has proven safe.

Clindamycin                          50 to 100% fatal enteritis, dependent
                                         on dosage


Erythromycin                        Diarrhea


Lincomycin                           33 to 100% fatal enteritis, dependent
                                         on dosage


Minocycline                          Reduction of growth rate


Penicillin                              Acute and/or chronic enteritis (diarrhea)
                                         after oral administration. Injection
                                         of cephalosporin has proven safe.


Spectinomycin                      Diarrhea


Spiramycin                           Nervousness


Tilmicosin                             Fatal adverse reaction has been
                                         observed. The reaction seems
                                         rabbit dependent and it is advised
                                         to do a test dose of 5 mg/kg
                                         before doubling dosage.


Tylosin                                Diarrhea


Vancomycin                         Acute toxicity with 100% mortality



From: T. H. Morris: Antibiotic Therapeutics in Laboratory Animals. Laboratory Animals 29: 16-36.