Khamis, 27 Ogos 2009

Newhillz Rabbitry mengorak selangkah....

Alhamdulillah di atas rezeki yang diberi oleh Allah Subhana wata'ala...permintaan daging arnab dikalangan sahabat handai dan individu perseorangan kian meningkat. NH terima banyak pertanyaan tentang daging arnab. Dengan bantuan, kebun Ar-Rasya, NH telah membekalkan hampir 10 ekor arnab siap disembelih kepada pelanggan.



Kebanyakan mereka adalah dari kalangan individu yang telah biasa memakan daging arnab dan tidak putus-putus memuji keenakan daging arnab. Tidak kurang juga yang baru ingin mencuba. Harga yang NH offer pun berpatutan.

Melihat kepada potensi industri arnab pedaging, Newhillz Rabbitry kini telah telah mengorak selangkah kehadapan dengan menambah 15 ekor arnab pedaging - 3 induk dewasa, 3 pejantan dewasa, 6 anak arnab betina dan 3 anak arnab jantan. Majoriti adalah New Zealand White.

InsyaAllah, NH turut merancang dengan beberapa rakan penternak untuk menjalankan program "selective breeding" bagi meningkatkan kualiti baka arnab pedaging di Malaysia.

Tak mustahil satu hari nanti, kita boleh hasilkan "Malaysian Giant"!!!!! Yang pastinya, rakyat Malaysia kini memiliki alternatif daging berkhasiat, berprotein tinggi dan kurang kolesterol!

Tidak ketinggalan untuk pelanggan-pelanggan pet, NH bercadang untuk membekalkan baka Rex, English Angora, Netherland Dwarf mulai awal tahun hadapan. Buat masa ini NH sedang giat menjalankan perbincangan dengan beberapa pihak dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan