Baka ini sememangnya unik kerana ciri bulunya yang lembut seakan-akan baldu.
Ciri ini adalah disebabkan oleh gen Rex yang menyebabkan "Guard hair" arnab menjadi halus dan sama pendek dengan "undercoat"
Antara koleksi Rex NH,
RM150.00Anda akan dibekalkan dengan
Apakah itu Coccidiosis?
Coccidiosis adalah sejenis penyakit usus yang menjangkiti beberapa spesies haiwan mamalia seperti kucing, arnab termasuk manusia. Agen penyebabnya ialah protozoa yang berkemampuan untuk berganda dengan cepat. Dua genus utama protozoa yang menyebabkan Coccidiosis adalah Eimeria and Isospora. Kedua-dua genus ini menjangkiti pelbagai jenis haiwan diserata dunia pada tahap jangkitan yang berbeza. Ada spesies yang mengakibatkan simptom-simptom kecil tidak disedari, dan ada spesies yang menyebabkan jangkitan yang serius dan membawa maut. Cara protozoa ini menyebabkan kerosakan kepada perumah ialah melalui pembiakan yang tidak terkawal pada dinding usus sehingga mengakibatkan penipisan lapisan dalaman usus. Pembiakan ini berlaku dalam beberapa peringkat sebelum Oosis dihasilkan dan dikeluarkan dari badan perumah melalui najis. Oosis boleh wujud dipersekitaran untuk tempoh yang lama dan sukar dihapuskan secara menyeluruh. Coccidia akan berkembang di dalam perumah baru sekiranya perumah baru mengambil makanan dan minuman yang tercemar dengan Oosis.
Selsema
Antara jangkitan yang sering berlaku pada arnab dan manusia. Simptom selsema pada arnab adalah sama dengan simptom yang terdapat pada manusia - mata dan hidung berair, bersin, dan batuk. Akan tetapi pada arnab, selsema adalah disebabkan oleh bakteria dari genus Pasturella. Jangkitan boleh merebak hingga ke peparu dan mengakibatkan radang peparu. Ia juga boleh merebak hingga ke bahagian tengah telinga, dan mengakibatkan hilang keseimbangan padan serta masalah disekitar tengkuk. Rawatan awal dengan antibiotik dapat mengawal simptom ini.
Sangkar 6306 (91cm L x 57cm W x 66cm H) - RM140
Baja Vermikompos (Berasaskan tinja arnab)- RM5/kg
Suntikan rawatan kurap - RM3/ekor