Sabtu, 22 Ogos 2009

Herbs For All - Part 1

Sejak dibangku sekolah lagi, NH memang minat mengkaji kesan tumbuhan terhadap tahap kesihatan tubuh badan manusia dan haiwan ternakan.

Atas sebab keyakinan yang tinggi terhadap khasiat tumbuhan, NH jarang mengamalkan perubatan moden. Kebanyakan masa NH akan tetap pada ubatan herba. Konsep yang sama NH applikasikan pada haiwan ternakan NH.
Sekitar rumah NH memang NH tanam beberapa jenis tumbuhan herba yang dikenal pasti memberi kesan positif kepada kesihatan.

Di sini NH nak kongsi sedikit maklumat tentang produk herba dan tumbuhan-tumbuhan yang NH guna untuk diri NH dan haiwan ternakan.
Ocimum tenuiflorum (Ocimum sanctum)

Dikenali oleh masyarakat India sebagai "Thulasi" yang bermaksud "Holy Basil". Ia merupakan antara tumbuhan yang anggap sakti pada masyarakat India. Dikalangan masyarakat Melayu ia dikenali sebagai "Kemangi"
Khasiat:
Dalam ilmu perubatan Ayurvedic, Thulasi dikenali sebagai ubat "Adaptogen". Berasal dari perkataan Inggeris "Adapt", Thulasi berfungsi mengimbangkan sistem badan dan meningkatkan tahap penerimaan badan pada tekanan (stress). Selain itu ia juga digunakan untuk merawat selsema, batuk, sakit kepala, masalah perut, bengkak, sakit jantung, keracunan, dan malaria.
Penggunaan:
NH guna Kemangi untuk masalah batuk yang tak henti-henti, orang cakap batuk kokol...hehe
Caranya ialah dengan mengambil 100gram kemangi dan direbus bersama 3 cawan air bersama 1/2 ketul gula melaka. Rebus sehingga tinggal 2 cawan. Minum secawan pagi dan secawan petang.
Untuk ternakan, NH akan letak dlm makanan. Kalau arnab paling senang, NH bagi je, diorang memang takkan reject punya.
Antara produk yang mengandungi Kemangi


Talinum paniculatum Gaertn

Dikenali sebagai Akar Som atau Ginseng Jawa. Tumbuhan ni dikatakan memiliki khasiat yang sama dengan Ginseng Korea dan Ginseng Amerika.
Khasiat:
Menurut seorang rakan cina, Akar Som ni banyak ditanam kerana ia tumbuhan pelbagai fungsi. Daun muda nya sedap digoreng sebagai sayur (antara favorite NH- goreng belacan), akarnya pula berkhasiat merangsang penghasilan susu badan pada ibu yang sedang menyusukan anak, untuk kaum lelaki pula ia dikatakan meningkatkan libido.
Penggunaan:
Daun dia NH masak sebagai sayur. jimat duit dapur...hahaha
Akar dia NH rebus dan bagi minum pada ibu kucing NH kalau diorang ada masalah kurang susu.

Acalypha indica


Tumbuhan yang dikenali sebagai "Kucing Galak" ni berasal dari India. Telah lama digunakan di India sebagai tumbuhan herba untuk merawat masalah Bronchitis. Seperti mana namanya, akar tumbuhan ini memberi kesan terangsang pada kucing.
Khasiat:
Memiliki bahan antibiotik, anti bengkak dan pelawas, sesuai untuk mereka yang demam dan mengalami masalah sembelit.
Bagi mereka yang ada masalah sakit sendi, jus segar dari tumbuhan ini boleh ditambah dengan air perahan limau dan disapu pada sendi-sendi untuk mengurangkan bengkak.
Penggunaan:
Untuk merangsang kucing. Kesan nya seperti Catnip
Antara tumbuhan yang NH beri kepada arnab sebelum mengawan.

1 ulasan: