Salam pada semua! Sorry sebab MIA (missing in action) untuk beberapa minggu. NH sebenarnya berada di San Diego, USA untuk training.
Untuk pengetahuan pembaca yang tidak mengenali NH, kerjaya sepenuh masa NH ialah sebagai Procurement Executive di sebuah syarikat pembuatan panel komposit. Syarikat kami membekalkan panel-panel komposit kepada syarikat-syarikat pembuatan kapal terbang seperti Airbus, Boeing, Goodrich dan Spirit Aerosystem
Pihak Syarikat telah berbesar hati menghantar NH untuk sessi latihan yang diberikan oleh "Strategic Partner" kami,
Goodrich.Pengalaman berada di Negara Asing sememangnya sukar dilupakan. Ilmu yang ditimba akan digunakan untuk menambah baik sistem yang sedia ada.