13 haribulan September yang lalu, semasa NH berada di kebun, NH telah menerima kunjungan dari dua rakan penternak arnab dari Selatan, mereka ialah Din from Che Dak Farmhouse serta Roff aka Led Zepp dari Rock & Roll Bunnies. Cerita lanjut
Blog ini bertindak sebagai medium penerangan perkara-perkara berhubung aktiviti penternakan arnab, berdiskusi. Newhillz Rabbitry membekal pelbagai baka arnab, peralatan dan ubat-ubatan penternakan
Selasa, 22 September 2009
Lawatan Dari Penternak Arnab Selatan
13 haribulan September yang lalu, semasa NH berada di kebun, NH telah menerima kunjungan dari dua rakan penternak arnab dari Selatan, mereka ialah Din from Che Dak Farmhouse serta Roff aka Led Zepp dari Rock & Roll Bunnies. Cerita lanjut
Isnin, 21 September 2009
Lionhead In Making...
Head need to be bold, ears need to be shorter
Daun Sambung Nyawa
Semasa beraya ke rumah Purple Rabbit tadi, NH sempat mendapatkan keratan daun "Sambung Nyawa" untuk ditanam. Dulu NH banyak tanam daun ni, tapi habis dibuang oleh pemotong rumput yang membersihkan laman rumah NH sikit masa dulu. Kebetulan PR ada benih, NH pun minta lah sedikit.
NH memang suka berulam dengan daun Sambung Nyawa ni (rahsia kekal remaja..kekeke), selain itu ia juga boleh dibuat kerabu.
Daun Sambung Nyawa
Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.
Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)
Famili : Asteraceae
Pengenalan
Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan China. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, hujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.
Penanaman dan Pembiakan
Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar kemasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu basah dan bertakung.
Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi
Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.
Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.
Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung Nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.
Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), bengkak, serta patah tulang.
Cara Penggunaan
Untuk ubat yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.
Resipi Kerabu Sambung Nyawa
Bahan bahan
1 mangkuk Daun Sambung Nyawa - dilalukan dalam cair mendidih dan angkat
Taugeh - dicelur
Sedikit isi kerang rebus
1 sudu besar kerisek
1 cawan kelapa parut
2 labu bawang merah - dihiris
Daun cekur - dimayang halus
Sedikit jus limau nipis
2 biji cili merah
2 biji cili padi
Sedikit belacan bakar
Garam dan gula
Cara
Kisar cili merah,cili padi dan belacan.
Masukkan Daun Sambung Nyawa, daun cekur, kerisik, kelapa parut, bawang serta bahan dikisar ke dalam mangkuk.
Gaul hingga sebati dan masukkan garam,gula dan jus limau secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan
Ahad, 20 September 2009
6 Days Later....
Khamis, 17 September 2009
New born Angora bunnies
Isnin, 14 September 2009
Perhentian Terakhir
Baka New Zealand White & Cik Elin...Sapa yang paling besar?????
Walaupun dah lama kenal Fahmi, tapi ini kali pertama NH berkunjung ke tempatnya....
Dalmation Rex - Sedap dipegang sedap dimakan....ops! sorry Fahmi!
Kebetulan Fahmi baru mengimport beberapa baka arnab dari Indonesia, jadi dapat lah NH usap-usap arnab obersea..hehehehe...
Silver pheasant milik Hj Effendi
Landak Raya...Sedapnya...LOL...
Lawatan Ke NAS Agro Farm
Baru-baru ini, mereka mula bergiat dalam penternakan kambing bebiri dari baka Dorper pula...
Seronok tengok perniagaan member kian maju!
Lawatan ke Ladang Zafarin
Baka New Zealand White
Anak arnab Angora Xtra besar...
Baru berumur sebulan dah 2 kali ganda saiz adik beradik yang lain
Ahad, 13 September 2009
Lawatan ke Ar-Raudah Rabbitry
Sabtu, 5 September 2009
Rumput Vs Pellet
Memandangkan ruang di shoutbox agak terhad, NH akan menjawab pertanyaan itu di sini.
Soalan
Adakah gabungan dua rumput (Stylo dan Guinea Grass) ini bagus utk menampung pemakanan arnab?? tuan dokter~
IB
Jawapan
Jawapannya ialah Ya dan Tidak.
Kenapa Ya?
Stylo adalah sejenis legume oleh itu ia mengandungi protein yang tinggi. Oleh itu ia merupakan makanan yang sesuai untuk menampung keperluan protein bagi Arnab.
Kadar CP Stylo adalah pada peringkat vegetatif (Sebelum berbunga) iaitu sekitar 17%.
Guinea Grass pula banyak digunakan oleh penternak lembu dan kambing kerana ia senang membiak dan berkembang cepat.
Arnab adalah haiwan yang memakan rumput (harus diingat, kita sedang berbincang mengenai rumput, bukan sayur-sayuran), oleh itu sistem penghadamannya telah direka khas bagi menghadam rumput dengan baik. Maka tiada masalah untuk menggunakan rumput sebagai bahan makanan. Selain itu, rumput mengandungi enzim semulajadi yang membantu dalam menstabilkan kadar metabolisme tubuh, memberi cooling effect (heat stress) serta meningkatkan kadar penyerapan nutrien.
Kenapa Tidak?
Setinggi mana pun protein pada sejenis tumbuhan, ia masih memiliki kekurangan dari segi lemak, vitamin dan garam galian. Memberi satu atau dua jenis tumbuhan tidak akan dapat menampung kekurangan nutrien di dalam gizi. Anda mungkin memerlukan berpuluh-puluh jenis tumbuhan bagi melengkapi keperluan nutrien harian arnab anda.
Oleh itu, rumput boleh dijadikan gizi utama, akan tetapi anda perlu menambah pellet sebagai gizi tambahan sekiranya anda ingin kan pertumbuhan optimum pada arnab anda. Pellet arnab adalah gizi yang telah diformulasi khas untuk memenuhi keperluan pertumbuhan arnab. Selain dari protein, ia turut mengandungi karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh arnab bg memastikan pertumbuhan yg sihat. Ia sesuai untuk tujuan komersial, serta mereka yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan rumput.
Di Newhillz Rabbitry, NH mengamalkan diet kombinasi, Arnab NH akan dibekalkan rumput dan pellet secara bergilir.