Rabu, 27 Mei 2009

Rex Pejantan




Ni adalah Harlequin Rex. Bezakan warna dia dgn Mini Rex NH yang sebelum ni?
Harlequin iaah warna arnab yang bercampur antara hitam dan oren.
Harlequin rex ni adalah penambahan baru kepada Newhillz Rarebitz.
NH namakan dia "Chuck"...."Chuck" adalah Rex jantan...berat dia 2kg

Ahad, 24 Mei 2009

Jenny dan anak


Ni lah Jenny, cun tak? LOL
Gambar ni NH ambil semasa dia sibuk beri anak susu pagi tadi.
Tak semua baby nampak, ada yang berada di balik Jenny.

Jumaat, 22 Mei 2009

Kitten baru


Selingan sikit.....Ni lah salah satu anak kucing NH yang baru...
Yang ni jantan, ada 2 lagi NH tak ambil gambar mereka.

Litter ke-2 di Newhillz - Part 2



Anak-anak "Tina" dan "Bunny" dah besar....
19hb yang lepas diorang genap sebulan....
Bulu masing-masing makin gebu...sikit hari lagi bolehlah tandingi bulu kakak mereka "Miley"
NH baru periksa jantina mereka...Yang byk oren tu betina...yang lain semua jantan...kali ni byk jantan pulak...
Rasanya faktor suhu...sbb kucing NH pun beranak byk jantan...

Rabu, 20 Mei 2009

Mini Rex Part 2



NH proudly our first couple of Mini Rex.
Ever since both of them arrive to NHR on May 10, they have been received an extra TLC...sorry to my other bunnies....LOL!
Frankly speaking, they are just too irresistable to hold and cuddled.
Daily routine for them are....
Morning - some fresh pellet and fresh water
Afternoon - get their peace of mind as we are all busy with daily chores...haha
Night - Out of their cage for 10-20 minutes, jumping around the house, slice of bread, some Alfalfa hay (they love it)

Jenny's babies: 4th Days


Today, Jenny's babies is 4 days old.
It is quite fascinating to see them grow.
Everyday, they look differently.

Ahad, 17 Mei 2009

Litter terbaru di Newhillz


Awal pagi tadi, NH baru timang bunnies baru....6 ekor semuanya...ni anak "Jenny" dan "Bunny"

Ni kali pertama Jenny jadi ibu, kali kedua Bunny jadi ayah.

Semoga mereka membesar dengan sihat...


Jumaat, 15 Mei 2009

Kadar Penghadaman Beberapa Jenis Daging



Jadual di atas dipetik daripada buku ternakan Arnab, "Yang Tu Fa"

Data menunjukkan daging arnab merupakan daging yang paling senang dihadam.

Kadar peratusan penghadaman adalah 85%

iaitu 10% lebih tinggi dari daging khinzir (better alternative untuk masyarakat cina)

iaitu 30% lebih tinggi dari daging lembu

iaitu 17% lebih tinggi dari daging kambing

dan 35% lebih tinggi dari daging ayam

Oleh itu sememangnya, daging arnab adalah sumber protein terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti pemakanan.

Peratusan penghadaman yang baik membawa kepada...


1. Penyerapan protein yang tinggi

2. Penyerapan vitamin dan mineral yang tinggi

3. Kurang mengalami masalah sistem penghadaman


Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk

Oleh: Margie Wilson
Diterjemah Oleh : Rosahairil


Ibu arnab akan menyusukan anaknya lebih kurang 5 minit sehari. Selalunya ibu arnab akan memasuki sarangnya pada waktu pagi dan petang. Susu arnab diperkayai dengan protein berkualiti, ia membolehkan anak arnab mendapat bekalan protein yang secukupnya walaupun hanya menyusu untuk tempoh yang sebentar. Ibu arnab tidak akan mendampingi anak-anaknya untuk memanaskan badan mereka sebagaimana mamalia lain dan burung. Oleh yang demikian sarang dibina daripada bulu dan rumput bagi memastikan anak arnab mengekalkan suhu badan mereka. Jangan sesekali memaksa ibu arnab untuk duduk di dalam sarang. Anda boleh memeriksa samada anak arnab mendapat susu yang secukupnya dari ibu mereka dengan mengangkat mereka dan melihat saiz perut (pastikan perut mereka tidak kempis), kulit kelihatan kemerah-merahan, dan kadar aktiviti (mereka tidak kelihatan kebiruan dan tidak bermaya). Anak arnab seharusnya senyap sepanjang hari, jika mereka berbunyi, itu menunjukkan mereka kelaparan.

Adakalanya anda akan menghadapi situasi dimana anak arnab menjadi tidak beribu, seperti kematian ibu atau ibu enggan menjaga anaknya ibu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh menyusukan anak arnab dengan susu gantian seperti susu tepung kucing. Pastikan anda hanya memberi susu 2 kali sehari. Pemberian susu berlebihan boleh menyebabkan masalah usus dan mengakibatkan kematian. Berikan anak arnab kotak didik yang selesa dan dialas dengan tuala yang bersih, tutup anak dengan tuala untuk memasti suasana gelap. Jangan bekalkan haba sekiranya suhu persekitaran adalah panas. Haba yang berlebihan boleh membawa maut. Jika suhu sejuk, anda boleh meletakkan pad pemanasan, pastikan kedudukannya tidak melebihi separuh dari sarang. Anak arnab akan bergerak ke kawasan yang sejuk jika ia merasa panas

Anda boleh menggunakan susu gantian kucing untuk tujuan penjagaan anak arnab. KMR (Kitten Milk Replacer) boleh didapati di kebanyakan kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh menggunakan susu kambing.

Berikut adalah panduan penjagaan anak arnab bagi baka yang BERSAIZ DEWASA sekitar 2.6 kilo. Sukatan boleh ditambah untuk baka yang lebih besar. Gunakan sukatan susu yang diberi dan dibahagi kepada 2.

Baru lahir sehingga satu minggu: 2 - 2+1/2 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari).

1-2 minggu: 5-7 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) (bergantung kepada arnab, saiz kecil akan minum kurang sedikit).

2-3 minggu: 7-13 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari). Anak arnab domestik akan mula membuka mata pada hari kesepuluh. Arnab boleh mula diperkenalkan kepada makanan seperti jerami rumput, pellet serta air.

3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) arnab domestik akan mula cerai susu pada umur 6 minggu.

Jika anda memiliki arnab dewasa yang sihat, kumpulkan cecotropes (tinja lembut coklat cerah yang arnab biasanya makan semula). Tinja ini kemudiannya dicampur dengan susu untuk membekalkan bakteria berguna kepada usus arnab. Anda hanya memerlukan satu cecotropes setiap hari dan diberi selama 4-5 hari. Ini amatlah penting terutamanya arnab dibawah umur sebulan

Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang lepas dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini lah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya.

Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah mereka berumur 2 minggu.

Selasa, 12 Mei 2009

Arnab Rex




Perwatakan yang lembut, gemar dibelai dan bulu yang seakan baldu, menjadikan Mini Rex diantara baka arnab kesayangan yang digemari!

Sekali pandang, Mini rex adalah versi mini kepada Arnab Rex. Bulu "baldu" yang lembut merupakan ciri utama Mini Rex yang tidak kelihatan pada baka-baka arnab yang lain.
Mini Rex merupakan haiwan kesayangan yang mudah didampingi. Secara umumnya ia bersifat peramah, dan kurang aktif. Mereka gemar dibelai. Saiz yang kecil memudahkan pemilik untuk menguruskan Mini Rex.

Fakta Penting!
Kumpulan: Mini
Variasi Warna: Hitam, Kelabu, Bicolor, Tricolor, Castor, Chinchilla, Coklat, Coklat muda, Lynx, Oren, Colourpoint, Tortoise, Putih
Berat: Jantan: 1.3kg - 1.9 kg, Betina: 1.4kg -2 kg
Ciri: Baka kecil, Badan bulat dan padat, Bulu Baldu
Tahukah anda...
1. Rex yang pertama dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Louche-Pringe di Perancis pada tahun 1919 dan arnab Rex yang pertama berwarna castor
2. Pembiak rex yang pertama adalah seorang Paderi Kampung bernama Gillet

Jumaat, 1 Mei 2009

Litter ke-2 di Newhillz

Hari ke 13 : 4 beradik mesra bersama

Hi semua....ini post pertama dalam bahasa Melayu setelah NH umumkan blog di akan bergerak secara Dwibahasa...
Kali ni NH nak perkenalkan litter terbaru yang lahir di Newhillz Rabbitry...
4 ekor kesemuanya, lahir pada 19 April 2009.
Kalau semua masih ingat akan "Miley"? Litter yang baru ni adalah adik beradik tiri "Miley".
Ibu yang sama tetapi bapa lain. Ibu mereka "Tina" dan bapa adalah "Bunny".
Kalau ikut rekod, memang Tina tak pernah lahirkan anak ramai...standard 4 setiap litter...



Kata Tina : Sorilah, rumah berserak, ramai budak kecik....

Memula NH harapkan bolehlah keluar 3 warna, sebab "Tina" oren putih, "Bunny" pula kelabu putih...
Tapi semua warna oren putih ikut mak...Cuma ada seekor tu nampak macam putih tapi rasanya bukan 100% putih. Akan ada warna kuning atau kelabu di ekor dan telinga...litter sebelum ni pun ada seekor warna ni.