Sabtu, 5 September 2009

Rumput Vs Pellet

Seorang kenalan ada bertanya mengenai kegunaan rumput di dalam gizi arnab.
Memandangkan ruang di shoutbox agak terhad, NH akan menjawab pertanyaan itu di sini.

Soalan
Adakah gabungan dua rumput (Stylo dan Guinea Grass) ini bagus utk menampung pemakanan arnab?? tuan dokter~
IB

Jawapan
Jawapannya ialah Ya dan Tidak.

Kenapa Ya?

Stylo adalah sejenis legume oleh itu ia mengandungi protein yang tinggi. Oleh itu ia merupakan makanan yang sesuai untuk menampung keperluan protein bagi Arnab.
Kadar CP Stylo adalah pada peringkat vegetatif (Sebelum berbunga) iaitu sekitar 17%.
Guinea Grass pula banyak digunakan oleh penternak lembu dan kambing kerana ia senang membiak dan berkembang cepat.

Arnab adalah haiwan yang memakan rumput (harus diingat, kita sedang berbincang mengenai rumput, bukan sayur-sayuran), oleh itu sistem penghadamannya telah direka khas bagi menghadam rumput dengan baik. Maka tiada masalah untuk menggunakan rumput sebagai bahan makanan. Selain itu, rumput mengandungi enzim semulajadi yang membantu dalam menstabilkan kadar metabolisme tubuh, memberi cooling effect (heat stress) serta meningkatkan kadar penyerapan nutrien.

Kenapa Tidak?

Setinggi mana pun protein pada sejenis tumbuhan, ia masih memiliki kekurangan dari segi lemak, vitamin dan garam galian. Memberi satu atau dua jenis tumbuhan tidak akan dapat menampung kekurangan nutrien di dalam gizi. Anda mungkin memerlukan berpuluh-puluh jenis tumbuhan bagi melengkapi keperluan nutrien harian arnab anda.

Oleh itu, rumput boleh dijadikan gizi utama, akan tetapi anda perlu menambah pellet sebagai gizi tambahan sekiranya anda ingin kan pertumbuhan optimum pada arnab anda. Pellet arnab adalah gizi yang telah diformulasi khas untuk memenuhi keperluan pertumbuhan arnab. Selain dari protein, ia turut mengandungi karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh arnab bg memastikan pertumbuhan yg sihat. Ia sesuai untuk tujuan komersial, serta mereka yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan rumput.

Di Newhillz Rabbitry, NH mengamalkan diet kombinasi, Arnab NH akan dibekalkan rumput dan pellet secara bergilir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan