Isnin, 21 September 2009

Daun Sambung Nyawa


Semasa beraya ke rumah Purple Rabbit tadi, NH sempat mendapatkan keratan daun "Sambung Nyawa" untuk ditanam. Dulu NH banyak tanam daun ni, tapi habis dibuang oleh pemotong rumput yang membersihkan laman rumah NH sikit masa dulu. Kebetulan PR ada benih, NH pun minta lah sedikit.

NH memang suka berulam dengan daun Sambung Nyawa ni (rahsia kekal remaja..kekeke), selain itu ia juga boleh dibuat kerabu.

Daun Sambung Nyawa
Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.

Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

Famili : Asteraceae

Pengenalan
Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan China. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, hujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.

Penanaman dan Pembiakan
Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar kemasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu basah dan bertakung.

Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi
Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.

Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung Nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), bengkak, serta patah tulang.

Cara Penggunaan
Untuk ubat yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.

Resipi Kerabu Sambung Nyawa
Bahan bahan
1 mangkuk Daun Sambung Nyawa - dilalukan dalam cair mendidih dan angkat
Taugeh - dicelur
Sedikit isi kerang rebus
1 sudu besar kerisek
1 cawan kelapa parut
2 labu bawang merah - dihiris
Daun cekur - dimayang halus
Sedikit jus limau nipis
2 biji cili merah
2 biji cili padi
Sedikit belacan bakar
Garam dan gula

Cara
Kisar cili merah,cili padi dan belacan.
Masukkan Daun Sambung Nyawa, daun cekur, kerisik, kelapa parut, bawang serta bahan dikisar ke dalam mangkuk.
Gaul hingga sebati dan masukkan garam,gula dan jus limau secukup rasa.

Sedia untuk dihidangkan

3 ulasan:

  1. salam...
    huh best rupanya pokok renek sambung nyawa ni... kat dalam pasu aku tu .. bukan main gemuk berpucuk baru tiap2 minggu... subur kena baja tahi arnab...

    BalasPadam
  2. Sambung nyawa ni memang byk khasiat. Sesuai untuk semua peringkat umur. Enak di masak sebagai sayuran.

    BalasPadam
  3. first time sayer dengar nama daun nih,ermm..bley try nih coz asyik sakit kepala jer..uhuhhu...

    BalasPadam