Isnin, 14 September 2009

Lawatan ke Ladang Zafarin

Lawatan ni dibuat 30hb Ogos yang lalu, tetapi NH tak sempat nak upload gambar sebab gambar tertinggal di ofis.
Lawatan dibuat bagi mengeratkan talian silaturrahim antara penternak-penternak arnab (walau pun NH lum tahap menternak lg). Dah lama NH nak melawat tempat beliau, tetapi sebab bulan biasa sibuk dengan aktiviti di kebun, perancangan asyik ditunda je. Kali ni NH ambil kesempatan berehat dari aktiviti kebun di bulan Ramadhan untuk melangsaikan hajat.
Saudara Zafarin dah 3 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan arnab ni. Pengalaman beliau tentang arnab ni memang dah tahap gaban..LOL...Seronok dengar beliau bercerita tentang pengalaman beliau mengimport baka arnab dari luar negara, membuat pemasaran dan permintaan daging arnab yang bertambah dari hari ke hari.
Banyak juga perkongsian ilmu yang dibuat. Terima Kasih Zafarin!
Antara produk yang digunakan dalam penternakan

Baka New Zealand White

Anak arnab Angora Xtra besar...

Baru berumur sebulan dah 2 kali ganda saiz adik beradik yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan