Jumaat, 1 Mei 2009

Litter ke-2 di Newhillz

Hari ke 13 : 4 beradik mesra bersama

Hi semua....ini post pertama dalam bahasa Melayu setelah NH umumkan blog di akan bergerak secara Dwibahasa...
Kali ni NH nak perkenalkan litter terbaru yang lahir di Newhillz Rabbitry...
4 ekor kesemuanya, lahir pada 19 April 2009.
Kalau semua masih ingat akan "Miley"? Litter yang baru ni adalah adik beradik tiri "Miley".
Ibu yang sama tetapi bapa lain. Ibu mereka "Tina" dan bapa adalah "Bunny".
Kalau ikut rekod, memang Tina tak pernah lahirkan anak ramai...standard 4 setiap litter...



Kata Tina : Sorilah, rumah berserak, ramai budak kecik....

Memula NH harapkan bolehlah keluar 3 warna, sebab "Tina" oren putih, "Bunny" pula kelabu putih...
Tapi semua warna oren putih ikut mak...Cuma ada seekor tu nampak macam putih tapi rasanya bukan 100% putih. Akan ada warna kuning atau kelabu di ekor dan telinga...litter sebelum ni pun ada seekor warna ni.

1 ulasan: