Khamis, 18 Mac 2010

Nutrisi Arnab Siri 1- Protein

Protein

Fungsi
Untuk pertumbuhan otot dan bulu. Turut berfungsi mengubah makanan kepada tenaga selain memastikan keseimbangan fungsi usus.

Jenis Protein
Protein merupakan gizi utama arnab. Protein terdiri dari asid amino. Merangkumi 20 jenis asid amino, dimana sesetengah boleh terhasil sendiri di dalam badan arnab. Sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh bakteria cecal. Asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh arnab dipanggil asid amino penting.

Sumber
Rumput : 8-15%
Alfalfa hay: 17-23%
Pellet: 13-20%
Bijirin: 10-18%
Cecal : 25-38%

Keperluan Harian
Arnab Dewasa Bulu Pendek: 10-12% protein
Arnab Dewasa Bulu Panjang: 13-15% protein

Bahaya
Protein berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan ginjal.

2 ulasan:

  1. salam bro,Ada org mengatakan jika kita nak smpan utk show,arnab tu tak boleh dikawenkan.Betul ker?Klu ikut logik betul gak,sbb jika nak beranak dia akan cabut2 bulu dia.Maksud syed dalam shoutmix tu syed dngar ada injection utk naikkan bulu dngan cepat.Ada ker?Adakah di veterinar?braper hrga sekali injet.

    BalasPadam
  2. salam, memang itu yang dilakukan oleh sesetengah breeder.
    Untuk menaikkan bulu, syed boleh minta vet jab kan vitamin pada arnab.
    Flaxseed adalah sejenis bijirin. Syed boleh browse untuk tengok gambar Flaxseed

    BalasPadam