Khamis, 24 Disember 2009

Potong! potong, potong, potong!

Apa yang potong????

Potongan harga...sempena Karnival Pasar Tani Desajaya Kandang.

Untuk makluman semua pembaca dan pengikut setia Newhillz Rabbit, NH telah membuka gerai menjual produk berkenaan dgn arnab dan haiwan kesayangan yang terletak di tapak Pasar Tani Desajaya di Kandang, Melaka (terletak di sebelah lebuhraya AMJ, menghala ke Muar). 

Mini petshop ini beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 9 malam pada 24-27/12/09 sempena Karnival Pasar Tani.




Sambutan dari kalangan peminat arnab dan haiwan kesayangan amat memberangsangkan. Pelbagai ragam pengunjung yang mengunjungi stall NH.
Selain arnab, NH turut turut mempromosi baka kucing, dan produk-produk haiwan kesayangan. Ramai juga yang terkejut kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih kompetitif dan disertai dengan kualiti.

Jemputlah datang ke Newhillz Pets!

4 ulasan:

  1. Mesti banyak sambutankan? Moga-moga jualan NH laris. Kalau tak pun, dah memadai kalau dengan karnival macam ni.. penternak dapat memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang perusahaan kelinci ini. Moga suksesla ye NH!! :)

    BalasPadam
  2. Terima Kasih!
    Promosi khas sempena karnival ni arnab DSH dijual pada harga serendah RM18 seekor, Lionhead RM60 seekor, Angora RM70 seekor

    Pegunjung juga boleh mendapatkan baka pedaging, Turkey Angora dan pelbagai lg.

    BalasPadam
  3. Mak aii murahnya.. teringin nak dapatkan baka pedaging kat Sabah ni namun hampa. Rex baka pedaging ke?

    BalasPadam
  4. Rex bukan baka pedaging. Daging rex adalah by product bila Rex disembelih untuk mendapatkan bulu.

    BalasPadam