Khamis, 17 Disember 2009

Newhillz Meat Rabbit Hybrid - F1

Ni "foundation doe" pedaging pertama NH. Warnanya dikenali sebagai Chincilla. NH beli dari ladang Hanz di Telok Panglima Garang.
Baru melahirkan litter pertama pada 26 Oktober 2009 (wk44).
8 ekor semuanya. 6 survive, 2 mati semasa lahir.

Pejantannya merupakan NZW yang NH dapatkan dari sebuah makmal Haiwan atas bantuan adik yang membuat kajian "funtional food" dengan menggunakan NZW sebagai subjek.


Foundation Doe, badan tetap maintain solid walaupun masih menyusukan anak.
NH hanya akan mula weaning apabila anaknya berumur 8 minggu.


F1 litter - Terpaksa bagi makanan supaya diorang fokus kat kamera..hahaha


Ni anak-anak dia yang dah berumur 7 minggu
Average weight 893gram. Individu terberat 1100 gram
(Tarikh gambar: 18 Dec 2009)

Malam semalam "Foundation Doe" NH yang kedua melahirkan 7 ekor bibit.
Ibu REW ni juga dibeli dari Telok Panglima Garang.
NH mate kan dengan pejantan NZW yang sama.


Walaupun pertama kali jadi ibu, pedaging REW ni memang caring. Chayok!


Inilah bibit yang baru lahir. InsyaAllah semua putih. NH akan monitor pertumbuhan mereka setiap hari sehingga bibit berumur 2 minggu untuk melihat potensi ibu pedaging.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan