
Blog ini bertindak sebagai medium penerangan perkara-perkara berhubung aktiviti penternakan arnab, berdiskusi. Newhillz Rabbitry membekal pelbagai baka arnab, peralatan dan ubat-ubatan penternakan

Rabu, 27 Mei 2009
Rex Pejantan

Ahad, 24 Mei 2009
Jenny dan anak
Jumaat, 22 Mei 2009
Kitten baru
Litter ke-2 di Newhillz - Part 2
Rabu, 20 Mei 2009
Mini Rex Part 2

Jenny's babies: 4th Days
Ahad, 17 Mei 2009
Litter terbaru di Newhillz
Jumaat, 15 Mei 2009
Kadar Penghadaman Beberapa Jenis Daging

Penjagaan Anak Arnab Tanpa Induk
Diterjemah Oleh : Rosahairil

Adakalanya anda akan menghadapi situasi dimana anak arnab menjadi tidak beribu, seperti kematian ibu atau ibu enggan menjaga anaknya ibu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh menyusukan anak arnab dengan susu gantian seperti susu tepung kucing. Pastikan anda hanya memberi susu 2 kali sehari. Pemberian susu berlebihan boleh menyebabkan masalah usus dan mengakibatkan kematian. Berikan anak arnab kotak didik yang selesa dan dialas dengan tuala yang bersih, tutup anak dengan tuala untuk memasti suasana gelap. Jangan bekalkan haba sekiranya suhu persekitaran adalah panas. Haba yang berlebihan boleh membawa maut. Jika suhu sejuk, anda boleh meletakkan pad pemanasan, pastikan kedudukannya tidak melebihi separuh dari sarang. Anak arnab akan bergerak ke kawasan yang sejuk jika ia merasa panas
Anda boleh menggunakan susu gantian kucing untuk tujuan penjagaan anak arnab. KMR (Kitten Milk Replacer) boleh didapati di kebanyakan kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh menggunakan susu kambing.

Berikut adalah panduan penjagaan anak arnab bagi baka yang BERSAIZ DEWASA sekitar 2.6 kilo. Sukatan boleh ditambah untuk baka yang lebih besar. Gunakan sukatan susu yang diberi dan dibahagi kepada 2.
Baru lahir sehingga satu minggu: 2 - 2+1/2 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari).
1-2 minggu: 5-7 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) (bergantung kepada arnab, saiz kecil akan minum kurang sedikit).
2-3 minggu: 7-13 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari). Anak arnab domestik akan mula membuka mata pada hari kesepuluh. Arnab boleh mula diperkenalkan kepada makanan seperti jerami rumput, pellet serta air.
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) arnab domestik akan mula cerai susu pada umur 6 minggu.
Jika anda memiliki arnab dewasa yang sihat, kumpulkan cecotropes (tinja lembut coklat cerah yang arnab biasanya makan semula). Tinja ini kemudiannya dicampur dengan susu untuk membekalkan bakteria berguna kepada usus arnab. Anda hanya memerlukan satu cecotropes setiap hari dan diberi selama 4-5 hari. Ini amatlah penting terutamanya arnab dibawah umur sebulan
Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang lepas dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini lah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya.
Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah mereka berumur 2 minggu.
Selasa, 12 Mei 2009
Arnab Rex



Perwatakan yang lembut, gemar dibelai dan bulu yang seakan baldu, menjadikan Mini Rex diantara baka arnab kesayangan yang digemari!
Fakta Penting!
Variasi Warna: Hitam, Kelabu, Bicolor, Tricolor, Castor, Chinchilla, Coklat, Coklat muda, Lynx, Oren, Colourpoint, Tortoise, Putih
Berat: Jantan: 1.3kg - 1.9 kg, Betina: 1.4kg -2 kg
Ciri: Baka kecil, Badan bulat dan padat, Bulu Baldu
Jumaat, 1 Mei 2009
Litter ke-2 di Newhillz
Ibu yang sama tetapi bapa lain. Ibu mereka "Tina" dan bapa adalah "Bunny".
Memula NH harapkan bolehlah keluar 3 warna, sebab "Tina" oren putih, "Bunny" pula kelabu putih...
Tapi semua warna oren putih ikut mak...Cuma ada seekor tu nampak macam putih tapi rasanya bukan 100% putih. Akan ada warna kuning atau kelabu di ekor dan telinga...litter sebelum ni pun ada seekor warna ni.