Jumaat, 22 Januari 2010

Trip to Gombak 090110

2 minggu lepas adalah hari cuti-cuti Malaysia bagi Newhillz Rabbitry. NH dan Syakirin dari Ar-Raudah telah mengambil kesempatan untuk membuat penghantaran order arnab ke N9.
Sambil menyelam minum air, kami pun terus ke Selangor. Hajat di hati nak melawat beberapa breeder tapi tak kesampaian.
Tapi trip kami tak merugikan sebab kami berjaya berjumpa dengan tuan setiausaha MyRPA, Saudara Fahmi dan Cikgu Kamel yang menjalankan kursus penternakan arnab.

Penerangan mengenai isu penternakan diterangkan secara terperinci oleh Cikgu Kamel

Cikgu Kamel merupakan seorang yang berpengalaman melebihi 20 tahun dalam penternakan arnab dan pernah mendalami ilmu penternakan arnab ini hingga ke Australia. NH sarankan mereka yang baru ingin berkecimpung dalam bidang penternakan arnab ini, boleh lah berdaftar kursus dengan Cikgu Kamel.

Jika ada penternak dari selatan semenanjung yang berhajat untuk mengikuti kursus ini, harap dapat menghubungi NH, dan NH boleh mengaturkan kursus bersama Cikgu Kamel di Melaka atau Johor.

Modul yang akan dibawa oleh Cikgu Kamel terbahagi kepada 2 bahagian, teori dan praktikal.

Antara nya...

RAHSIA BAGAIMANA MEMPEROLEHI PELLET ARNAB DENGAN HARGA SERENDAH RM0.50 SEKILO AKAN DI DEDAHKAN DI KURSUS TEORI DAN PRAKTIKAL!!!

RAHSIA MENDAPATKAN JUMLAH CRUDE PROTEIN SETINGGI ALFALFA HAY DENGAN KADAR SERENDAH RM0.50 SEKILO!!!

RAHSIA MEMINIMUMKAN KADAR KEMATIAN ANAK ARNAB DAN MEMAKSIMUMKAN PENGHASILAN SUSU IBU ARNAB!!!

 
RAHSIA MENGHASILKAN PRODUK HILIRAN(END PRODUCT) DENGAN HARGA MINIMUM YANG PALING MENGUNTUNGKAN, SATE DAGING ARNAB RM0.80 SECUCUK! BURGER DAGING ARNAB RM3.00 SEBIJI!!! NUGGET? MEAT BALL?
RAHSIA BAGAIMANA MENDAPATKAN BEKALAN TIMOTHY HAY DENGAN KADAR HARGA SERENDAH RM0.00 SEKILO!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan